Selasa, 30 Mac 2010

Ucapan Terima Kasih

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran Daerah segamat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Segamat Sektor Pembangunan Kemanusiaan yang sudi menyampaikan ucapan dan merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Daerah Segamat tahun 2010 yang telah berlangsung di SMK Kamarul Arifin pada 30 Mac 2010.

Unit PPDa juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengetua SMK Kamrul Arifin dan semua guru serta murid yang terlibat dalam mengelolakan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Daerah Segamat. Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada AADK Daerah Segamat , PDRM Daerah Segamat, Pejabat Kesihatan, PIBG, Ketua Masyarakat serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan berkenaan.

Syabas dan tahniah..

Ahad, 28 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI ANTI DADAH PERINGKAT DAERAH SEGAMAT 2010

Majlis sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Daerah Segamat akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Mac 2010 (Selasa)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : SMK Kamarul Arifin, Labis

Perasmian : Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Segamat

Pengisian Program : Ceramah, Pameran, lawatan ke Bilik Sumber PPDa dan lain-lain

"SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2010"

"1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH"

Isnin, 4 Januari 2010

PERLANTIKAN PEGAWAI KHAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Dimaklumkan bahawa Encik Rosli B. Puteh telah dilantik sebagai Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah , Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Perlantikan berkuatkuasa mulai 16 Disember 2009.

Selasa, 9 Jun 2009

KEM KECEMERLANGAN INTELEK MURID NEGERI JOHOR 2009

09 JUN 2009 - SMK Seri Kenangan, Segamat
Kem Kecemerlangan Intelek Murid Negeri Johor 2009 Zon Segamat-Muar telah bermula pada hari ini di SMK Seri Kenangan Segamat. Seramai 60 orang pelajar sekolah rendah tahun 5 dari daerah Segamat dan Muar menyertai program yang dianjurkan oleh AADK Negeri Johor dengan kelolaan AADK Muar dan AADK Segamat bersama PPD Segamat dan PPD MUar.
Kem ini akan berakhir pada 11 Jun 2009. Dijangkakan Tuan Pegawai daerah Segamat selaku Pengerusi MTMD Segamat akan menutup rasmi kem ini.
Adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.
Selamat menyertai Kem INTIM kepada semua peserta.

Bilangan Pelawat

/>

HARGAI MASA ANDA